Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi DPIM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) ingin mengumumkan pelantikan dua lagi Ahli Majlis Tertinggi yang baharu bagi sesi 2018-2021.

- Advertisement -

Pelantikan pertama adalah Puan Mazlina Kamarudin yang pernah menganggotai Biro Korporat DPIM pada sejak tahun 2006 sewaktu Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Hashim mempengerusikan Biro Korporat DPIM.

DPIM1Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bismi Empire Sdn Bhd (Bismi) yang berpengkalan di Alor Setar, Kedah. Bismi adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang membekalkan Ayam Halal & Toyyiban berkonsepkan ‘Farm to Table’. Beliau berpengalaman lebih dari 31 tahun menjalankan perniagaan dalam industri ini.

Beliau juga berjaya mewujudkan sebuah makmal perubatan yang dikenali sebagai Naka Biolife bagi mengenal pasti penyakit dan sisa khinzir di dalam dedak. Beliau bukan sahaja dalam usaha untuk memajukan lagi perniagaan malah membina 250 usahawan melalui sistem agen dan stokis.

Kejayaan beliau dalam industri dibuktikan dengan anugerah yang telah diterimanya. Antaranya ialah syarikat TERAS – Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi, Anugerah Penternak Jaya Peringkat Negeri, Ahli Panel Penasihat Institut Keusahawanan Negara dan Anugerah Usahawan Pemasar Gemilang.

DPIM2Manakala pelantikan Ahli Majlis Tertinggi yang kedua adalah Puan Norhana Ramli, seorang peguam berumur 41 tahun sebagai Ahli Majlis Tertinggi DPIM yang baharu berkuatkuasa pada 18 Mac 2019. Beliau mengusahakan firma guamannya sendiri, Tetuan Hana Ramli & Co.

Beliau juga merupakan Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat bagi Syarikat Awqaf Holdings Berhad di mana beliau merupakan salah seorang penggerak awal Awqaf Holdings Berhad bersama-sama Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam undang-undang harta intelek seperti cap dagang dan hakcipta, juga telah mendaftar serta menguruskan harta intelek jenama lokal di peringkat global dan antarabangsa. Pengalaman beliau juga mencakupi bidang kesetiausahaan dalam penubuhan yayasan dan syarikat baru. Selain itu beliau juga mengurus serta memberikan nasihat perundangan berkaitan pengurusan dan penyelesaian harta pusaka.

Dengan pengalaman kedua-dua Ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik ini, DPIM yakin mereka dapat membantu memberi khidmat yang terbaik kepada ahli-ahli DPIM dan komuniti usahawan. DPIM optimis dengan pelantikan 2 Ahli Majlis Tertinggi ini, adalah selari dengan dasar Kerajaan yang memberi peranan dan ruang kepada wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam organisasi.

Dengan pelantikan 2 Ahli Majlis Tertinggi ini, DPIM telah memenuhkan 5 kouta Ahli Majlis Tertinggi lantikan Presiden. DPIM penuh yakin dengan pelantikan ini akan dapat memantapkan lagi keberkesanan peranan DPIM dalam meningkatkan kualiti usahawan-usahawan DPIM seterusnya menjadi agen penyumbang kepada kemakmuran dan keadilan ekonomi Malaysia. – HARAKAHDAILY 19/3/2019

- Advertisement -