MP Sik bidas MP Jelutong

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman membidas tuduhan jahat dan keceluparan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kononnya Umno menjadi kuda tunggangan PAS dan PAS menjadi kuda tunggangan Umno.

- Advertisement -

“Saya tidak pasti mana yang betul apa yang ingin dikatakan oleh Jelutong antara siapa yang menjadi kuda tunggangan.

“Saya tegaskan di sini bahawa PAS dan Umno tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak tetapi PAS dan Umno adalah dua ekor kuda yang gagah sedang seiring berlari laju menuju ke garisan penamat.

“Dua ekor kuda ini akan mengalahkan kuda-kuda Pakatan Harapan yang sakit dan tempang serta akan tersungkur kalah dalam PRU15 nanti,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Tarmizi berkata, PAS konsisten menentang segala bentuk penyelewengan dan rasuah tanpa mengira sesiapa pun yang melakukannya sama ada kawan atau lawan.

Katanya lagi, PAS tidak pernah menghalang pihak berkuasa atau menolak sebarang dakwaan di mahkamah untuk mengadili dan menghukum pihak yang dituduh merompak duit rakyat atau melakukan penyelewengan.

Tambahnya, berkali-kali PAS menegaskan isu 1MDB, isu terowong dasar laut, isu skandal Forex Bank Negara dan tuduhan RM90 juta serta pelbagai isu yang lain.

“Adililah segala isu ini di Mahkamah yang adil dan saksama. Jika terdapat bukti maka serahkan ia kepada Mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 19/3/2019

- Advertisement -