Bencana kimia: Ambil tindakan tegas segera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Johor mendesak kerajaan bertindak tegas kepada pihak yang telah menyebabkan ribuan orang awam menjadi mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang baru-baru ini.

- Advertisement -

Ketegasan itu disuarakan dalam satu Memorandum PAS Johor kepada kerajaan yang diserahkan di pekarangan bangunan Parlimen, hari ini melalui Ahli Parlimen PAS.

Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin menyerahkan memorandum itu kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Memorandum itu antaranya bagi mendesak kerajaan Malaysia agar bertindak lebih tegas terhadap jenayah pembuangan sisa bahan kimia.

Dalam memorandum itu, PAS Johor mendesak supaya tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pihak yang terbabit dengan pembuangan toksik.

Mala kata Ustaz Abdullah, pihak kerajaan perlu mengkaji semula keberkesanan undang-undang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, ini kerana denda maksimum sebanyak RM500,000 yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pesalah dilihat tidak menakutkan pesalah.

Sementara itu, PAS Johor turut mendesak agar setiap mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut diberikan pampasan oleh kerajaan dengan sewajarnya.

Kata Ustaz Abdullah hal ini perlu, walaupun kes tersebut tidak diisytiharkan sebagai darurat bencana namun soal kebajikan mangsa perlu diutamakan.

Selain itu katanya, PAS Johor juga mendesak agar satu pembentukan Jawatankuasa Diraja dibentuk bagi menyiasat secara mendalam isu yang sedang berlaku termasuk punca dan kelemahan dalam menangani isu berkenaan.

“Perkara ini termasuk kelemahan kerajaan yang lewat bertindak dan sengaja melewatkan pembersihan sungai serta tidak isytiharkan sebagai darurat,” tegasnya.

Malah PAS johor juga mendesak, agar mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) dalam menagani krisis seperti itu berlaku pada masa akan datang.

Justeru itu, PAS johor mendesak agar tindakan segera di ambil bagi menyelamatkan penduduk di Pasir Gudang dan penduduk di kawasan berkenaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff, Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim, serta beberapa Ahli Parlimen PAS yang lain. – HARAKAHDAILY 19/3/2019

- Advertisement -