Pejuang Islam tidak letak umur persaraan

- Advertisement -
LUMUT: Setiap individu yang mendukung PAS diingat supaya tidak meletakkan waktu persaraan bagi perjuangan ini apatah lagi berhasrat meninggalkannya.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Rasli Abdul Rahman yang baru dipilih bagi sesi 2019 – 2021 menasihati demikian pada ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Lumut Kali Ke-32.
 
Beliau mengimbau ingatan kepada beberapa tokoh pimpinan PAS yang istiqamah berjuang ke akhir hayat biarpun diuji masalah kesihatan mengejar fadilat jihad berbanding mati kerana sakit.
 
Oleh itu serunya, bekas pimpinan yang menarik diri bertanding tetap punya peranan bersama kepimpinan baru, selain mereka diiktiraf telah menyumbang dan berkorban.
 
Beliau mengimbau nostalgia perjalanan PAS Lumut selama ini yang pernah diterajui pemimpin termasuk dari peringkat Negeri dan Pusat antaranya Tuan Guru Sidek Noor dan Noh Ahmad.
 
Beliau turut memetik ucapan Saidina Abu Bakar R.A mengenai kepimpinan dan jihad dalam membangkitkan keazaman dan semangat perwakilan pada mesyuarat di Kompleks Pendidikan At-Taalim, di sini semalam. – HARAKAHDAILY 18/3/2019
- Advertisement -