Muslimat Zon Sandakan rutinkan amalan AKIFI

- Advertisement -
KINABATANGAN: Anggota Muslimat PAS perlu merutinkan amalan-amalan yang disusun dalam Munajat AKIFI dalam usaha memperolehi banyak fadilat dan kelebihannya.
 
Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru demikian pada program tersebut yang diadakan di Pusat Islam Darul Ulum, di sini kelmarin.
 
Jelas beliau, Munajat AKIFI yang mengumpulkan perihal alim, haraki dan sufi itu mengajak pengamalnya sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah, serta menenangkan hati dan jiwa.
 
Katanya yang turut mengimamkan solat jamaah Maghrib dan Isyak serta munajat seawal jam 4 pagi itu, perumpamaan zikrullah adalah seperti orang yang masih hidup dengan telah mati.
 
Majlis tersebut telah menghimpunkan ahli Muslimat dari Zon Sandakan melibatkan lima PAS Kawasan iaitu Batu Sapi, Libaran, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan. – HARAKAHDAILY 18/3/2019
IMG 20190318 WA0012
IMG 20190318 WA0015
- Advertisement -