MAT Teluk Intan suntik siapsiaga siasah dakwah

- Advertisement -
TELUK  INTAN: Setiap ahli PAS perlu melipatgandakan pelaksanaan strategi serta persediaan dalam menghadapi PRU15 dengan mengimani tuntutan Allah sebagaimana ayat 200 surah Ali Imran.
 
Seruan tersebut dikemukakan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 di Dewan KOMPASTI, Kampung Padang Tembak, di sini semalam.
 
Beliau turut menyentuh mengenai usaha menjalinkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama dengan semua pihak demi membawa keuntungan kepada perjuangan Islam.
 
Jelasnya, perkara tersebut juga memerlukan persediaan dengan memiliki sikap konsisten dan hadam terhadap konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan Presiden PAS.
 
Pemilihan yang diadakan untuk sesi baharu sempena mesyuarat tersebut menyaksikan jawatan Yang DiPertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua telah dimenangi tanpa bertanding.
 
Pada mesyuarat ini juga telah disampaikan Anugerah Pengurusan Terbaik kepada PAS Cawangan-cawangan iaitu Taman Cicely, Kampung Padang Tembak dan Kampung Bahagia. – HARAKAHDAILY 18/3/2019
IMG 20190318 WA0030
- Advertisement -