Dewan bahas usul insiden di Christchurch

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan untuk membahaskan insiden di Christchurch, usul dibawakan oleh Ahli Parlimen (PH) Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

- Advertisement -

Usul dibenarkan untuk dibahaskan setelah mengambil kira tiga syarat iaitu untuk tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan perkara ini berkehendak disegerakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata usul akan dibahaskan pada jam 4:30 petang ini dan dibenarkan dibahaskan selama 60 minit.

Sementara itu, lebih 1,184,527 telah menandatangani petisyen bagi mendesak Senator Queensland, Fraser Anning meletakkan jawatan.

Petisyen tersebut dilancarkan oleh seorang doktor di Sydney, Kate Ahmad dibuat menerusi tandatangan dalam talian change.org.

Kate memberitahu agensi media Sydney Morning Herald, beliau menyedari tiada akta atau undang-undang yang termaktub boleh memecat atau mengusir ahli parlimen dari parlimen melainkan mereka adalah penjenayah.

Difahamkan petisyen tersebut juga dibuat berikutan kemarahan rakyat Australia dan dunia selepas senator tersebut menyalahkan penghijrahan pendatang Islam punca kejadian berdarah di Masjid Al-Noor dan masjid berhampiran Linwood di Christchurch, New Zealand.

Anning dikecam dan dikutuk dunia. Susulan itu petisyen terbabit bertujuan mendesak beliau meletakkan jawatan dan perlu disiasat kerana menyokong keganasan sayap kanan. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

- Advertisement -