Ameerah kemuka mesej keamanan buat dunia

- Advertisement -

PASIR SALAK: Ameerah PAS Kawasan Pasir Salak telah mengutarakan mesej keamanan menerusi slogan-slogan yang ditampilkan di plakad sempena perjumpaan bulanan di Markas PAS Kampung Gajah, di sini semalam.

- Advertisement -

Mesej tersebut ditujukan khas atas peristiwa-peristiwa dicetuskan individu dan pihak tidak bertanggungjawab menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W serta pembunuhan rambang di New Zealand.

Peristiwa-peristiwa yang sangat mengguris hati berlaku mutakhir ini itu mendorong Muslimat Muda PAS itu untuk tampil menyuarakan mesej keamanan tersebut ditujukan khas buat seluruh umat dunia.

Antara slogan dipamerkan adalah, “Jangan hina Nabi kami”, “We are kind Muslim’s”, “Jangan hina Islam agama kami”, “Let us lead our country”, “Muslim not a terrorist”, “Muslim’s is a victims” dan “Islam agama keamanan”.

Mereka menyatakan harapan agar seluruh dunia tidak mendiskriminasikan umat Islam dan menjadikan nyawa mereka sebagai taruhan yang murah, selain menghormati hak-hak mereka sebagai manusia.

Himpunan mereka itu juga menyeru agar penegasan dunia untuk menghentikan tindakan penindasan dan menzalimi umat Islam Uyghur, Rohingya, Palestin, Syria dan di Eropah.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan menghina agama Islam dan menasihati kalangan bukan Islam tidak mencampuri hal ehwal agama ini. – HARAKAHDAILY 18/3/2019

- Advertisement -