Satu ummah kesedaran yang kian membuak

IMG 20190317 WA0042

PADANG RENGAS: Momentum kesedaran rakyat semakin meluas sebagaimana dapat disaksikan dari Ceramah Kebangkitan Ummah anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di RPA Dato’ Haji Mior Aris, di sini semalam.

Advertisement

Semua panel dalam ucapan mereka jelas membawa satu suara yang sepakat bahawa perlunya kerjasama atas dasar Islam dan umatnya demi menyelamatkan negara dari hancur di bawah PH.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menegaskan, hubungan yang terjalin adalah di atas landasan satu, yakni al-Quran dan as-Sunnah.

Jelas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Islam menjadi teras perjuangan didukung pihak bergabung itu dan insya-Allah akan kekal jika berpegang dengan landasan satu itu.

Peringatan seumpama turut dinyatakan Timbalan Pengerusi UMMAH Perak, Ustaz Faisal Abdul Rahman bahawa penyatuan seperti itu adalah seruan daripada Allah S.W.T.

Beliau bersandarkan ayat 103 surah Ali-Imran dalam meneguhkan keterangan mengenai kepentingan penyatuan tersebut yang sama sekali bukan oleh kepentingan duniawi semata.

Bagi Naib Ketua Umno Bahagian Padang Rengas, Khairuddin Mohamed Azahar menyatakan, tidak harus timbul pihak mana yang memulakan ‘lamaran’ dalam hal penyatuan tersebut.

“(Kerjasama PAS – Umno) Kerana ‘tali Allah’ tadi. Kalau kita sayang agama Allah, nak tegak agama Allah, kita mesti sama-sama genggam tangan dan perjuangan kita,” serunya penuh semangat.

Pentas tersebut menjadi medan kedua menyatukan tokoh PAS dan Umno daripada Parlimen ini selepas pertemuam Hi-Tea di Arena Kampung Chuar, 26 Januari lalu. – HARAKAHDAILY 17/3/2019  

 

IMG 20190317 WA0038

IMG 20190317 WA0039

IMG 20190317 WA0040

IMG 20190317 WA0041