PAS Perak mahu k’jaan kukuh pilihan rakyat

IMG 20190317 WA0041
- Advertisement -

PADANG RENGAS: Hiruk pikul beberapa pemimpin PH kononnya akan terjadi perubahan kerajaan di negeri ini yang turut mengaitkannya dengan PAS dijawab Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

- Advertisement -

Tegasnya, PAS sama sekali menolak penubuhan kerajaan yang terhasil daripada tindakan Adun melompat parti kerana ianya tidak menatijahkan sebuah kerajaan kukuh untuk memerintah.

Perkara tersebut dinyatakan beliau ketika berucap pada majlis Ceramah Kebangkitan Ummah anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di RPA Dato’ Haji Mior Aris, di sini semalam.

“Kerajaan hanya bergantung pada Adun yang melompat tak ada kekuatan. Sebab itulah kita cadang, kalau ada pun nanti mereka nak lompat, (kita) tak bagi. (Lebih baik) Bubar Dun, pilihan raya semula, itu lebih bermaruah.

“Kita ada 40 kerusi Melayu-Islam. Kalau satu lawan satu, kita dapat 40 kerusi, kuat kita insya-Allah. Walaupun kita tak mengharapkan (berlaku pilihan raya). (Kecuali) Kalaulah berlaku kematian, di sebelah sana (Adun kerajaan).

“Bukan doa (minta mati). Tapi kalau berlaku sungguh, (pilihan raya) itu akan jadi peluang terbaik (buat PAS dan Umno),” terang beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Program tersebut turut disertai wakil daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jalinan Bersatu Sahabat Perak (JABAT), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar (PWANIS). – HARAKAHDAILY 17/3/2019  

IMG 20190317 WA0042

 IMG 20190317 WA0039

IMG 20190317 WA0040

- Advertisement -