Muslimat Serdang diseru penuhi lapan perkara

- Advertisement -

SERDANG: Ketua Muslimat PAS Kawasan Serdang, Hamsatul Hamzah menggariskan lapan perkara perlu diperhalusi ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 di Bukit Mahkota, di sini hari ini.

- Advertisement -

Menurut beliau, untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya akan datang, media sosial mesti dimanfaatkan terutama kemampuan menerangkan produk PAS melibatkan dokumen pernah dikeluarkan.

Katanya, pemerkasaan mujahidah siber juga penting agar mampu menangkis fitnah, selain kewajipan ahli melaporkan aktiviti peringkat PAS Cawangan agar dilihat PAS bernafas dan bergerak aktif dalam masyarakat.

Digariskannya juga, penerangan terhadap kaum bukan Islam terutama ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah sedia terdedah mengenai perjuangan PAS berpayungkan Islam sebagai panduan.

Hamsatul turut menyeru anggota Muslimat menjalin hubungan baik bersama masyarakat melalui surau dan NGO selain meningkatkan komitmen Cawangan masing-masing terhadap hal ehwal penduduk.

Turut disenaraikan adalah usaha melipatgandakan pendaftaran pengundi serta penambahan ahli PAS terutama melibatkan kalangan anak-anak ahli PAS sendiri dalam Kawasan itu.

Beliau juga menyeru agar agenda pengundi muda tidak diabaikan terutama menyantuni wanita muda menerusi aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi selera dan kehendak mereka. – HARAKAHDAILY 17/3/2019 

IMG 20190317 WA0036

- Advertisement -