MAT suntik jiwa juang Muslimat Bgn Serai

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 di Dewan Abd Wahab Nor, Masjid Tinggi, di sini semalam.

- Advertisement -

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Asna Abd Samad dan turut dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Bagan Serai, Abdul Aziz Abdul Majid

Di dalam ucapannya, beliau menekankan agar Muslimat bergiat aktif ke arah memastikan kemenangan PAS, selain memahami konsep ta’awun di atas dasar dan matlamatnya bagi melaksanakan Islam, bukan lagi konsep tahaluf seperti sebelum ini.

Mesyuarat juga diserikan dengan gimik Pelancaran Kempen Barangan Islam dari HPA Bagan Serai sebagai menggalakkan ahli membeli produk peniaga Muslim.

MAT yang dihadiri 176 perwakilan dan pemerhati itu telah memberikan suntikan semangat kepada Muslimat bagi meletakkan diri dalam gerak kerja serta kesiapsiagaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. – HARAKAHDAILY 17/3/2019

IMG 20190317 WA0000

IMG 20190317 WA0001

IMG 20190317 WA0002

- Advertisement -