MAT Lumut berlangsung dalam semangat muhibah

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 yang dilangsungkan di Kompleks Pendidikan At-Taalim, Lekir, di sini hari ini.

- Advertisement -

Majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat Jabatan Amal Lumut oleh 15 anggota dan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Guru Sekolah Menengah Islam At-Taalim, Shahibuddin Akai.

Perasmian disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang dalam ucapannya menekankan agar semua ahli PAS patuh menerima arahan daripada pimpinan.

Jelas beliau, para pimpinan PAS Pusat lebih tahu dan arif terhadap perkara diputuskan, sedang tugas ahli PAS akur dan melaksanakan setiap tuntutan telah diputuskan dengan sebaiknya.

Mesyuarat juga diserikan dengan gimik Pelancaran Tabung Kompleks Pendidikan At-Taalim sebagai gedung ilmu Islam di Daerah Manjung ini.

Kompleks yang masih memerlukan perhatian khusus dari sudut kewangan sebanyak RM1.8 juta membuka peluang sumbangan menerusi akaun Maybank Islamic 5582 9360 6057 atas nama Kompleks At-Taalim.

Sempena perasmian ini juga telah disampaikan Sijil Anugerah Penyertaan Ahli PAS Teramai kepada PAS Cawangan Fasa 3A yang diketuai oleh Mohamad Ridzuan Sudin.

MAT dihadiri 217 perwakilan dan pemerhati itu telah memberikan suntikan semangat kepada perwakilan untuk meneruskan misi dakwah Islam serta meletakkan diri sebagai penggerak aktif bagi menghadapi PRU15.

Hadir sama adalah Pemangku Ketua Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria dan Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Noh Ahmad, serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Lumut, Rashidi Ibrahim bersama jawatankuasanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2019   

 

IMG 20190317 WA0030

IMG 20190317 WA0031

IMG 20190317 WA0033

- Advertisement -