Arah kosong segera kawasan tercemar

- Advertisement -

SAYA menggesa pihak Kerajaan supaya segera mengarahkan semua penduduk yang tinggal dalam kawasan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dipindahkan segera.

- Advertisement -

alias hamidHal ini bertepatan dengan arahan sebelum ini oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit daripada terkena pencemaran. Arahan berada di dalam rumah sahaja tidak menjamin seratus peratus keselamatan mereka.

Adakah ini cara yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menyelesaikan isu ini? Kerajaan perlu bertindak secara bijak dan proaktif dalam pelbagai aspek bagi menyelesaikan isu ini agar rakyat di Pasir Gudang tidak berasa bimbang akan keselamatan mereka.

Kejadian pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang bukan yang pertama di Johor. Hal ini kerana Kampung Sungai Gatom,Labis pada 2006 pernah terjadi pencemaran akibat pembuangan sisa toksik “Aluminium Dross” . Pada ketika itu, semua penduduk sekitarnya dipindah sementara. Persoalannya, kenapa tindakan yang sama tidak diambil oleh Kerajaan berkaitan isu di Pasir Gudang yang dilihat lebih serius?

Walau bagaimanapun, saya menasihati semua penduduk di Pasir Gudang sentiasa berdoa mengikut cara agama masing-masing agar dijauhi kejadian yang lebih buruk.

Selain itu, penduduk juga disarankan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang sahih dan mengikuti perkembangan isu ini dari semasa ke semasa serta mendengar arahan pihak berkuasa mahupun agensi yang terlibat dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

“Islam Memimpin”

CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman
15 Mac 2019 / 8 Rejab 1440 – HARAKAHDAILY 15/3/2019

- Advertisement -