SPM 2018: 27 pelajar Yik dapat semua A

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 27 pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) memperolehi kesemua A setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumum hari ini.

- Advertisement -

Manakala pelajar yang memperolehi 9A hingga 12A seramai 120 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Dato’ Mohamed Fadzli Hassan berkata, sekolah Yik mencatat peningkatan sebanyak 2.74 perstus (94.55 perstus) berbanding 2017 sebanyak 91.81 peratus.

Sebanyak sembilan sekolah mencatat keputusan kelulusan 100 peratus.

“Sekolah berkenaan termasuk Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat Pulai Chondong dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman bagi kategori maahad kawalan,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2018 di Nilam Puri.

Menurutnya juga Nurul Afifah Othman dari Maahad Muhammadi Pasir Mas memperolehi 12A.

“Saya mewakili kerajaan negeri merakam ucapan tahniah di atas kejayaan cemerlang semua pelajar,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/3/2019

- Advertisement -