Maahad Perempuan antara terbaik kebangsaan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) terus mengekalkan kecemerlangan dengan mengungguli keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

- Advertisement -

Pengetuanya Ustaz Mohd Mansor Daud berkata, enam pelajar mendapat 11A, sembilan orang (10A), 14 orang (9A) dan 15 orang (8A).

Katanya pelajar cemerlang yang mendapat 8A ke atas seramai 44 orang.

“Secara keseluruhan MMP mengekalkan status sekolah terbaik di Kelantan.

Malah MMP juga berada dalam tersenarai antara sekolah terbaik peringkat kebangsaan.

“Di mana pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 3.15,” katanya pada pengumumkan keputusan SPM 2018 di sekolah terbabit hari ini.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Abdullah Abdul Wahab; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Noorzila Yahya dan Penolong Kanan Kokurikulum, Raja Mahadi Raja Ahmad. – HARAKAHDAILY 14/3/2019

- Advertisement -