Apa usaha atasi gaji pekerja swasta lewat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi isu kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja sektor swasta oleh majikan seperti pengawal keselamatan.

- Advertisement -

Beliau mengemukan soalan tersebut ketika pertanyaan bagi jawab lisan.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Mahfuz Omar berkata, pihak Kementerian sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memastikan majikan dapat mematuhi mana-mana perundangan yang termaktub di dalam Akta Kerja 1955.

“Kita sentiasa melakukan pemantauan untuk memastikan perkara ini dapat dipatuhi oleh pihak majikan,” tambah beliau.

Shaharizukirnain semasa mengemukakan soalan tambahan mempersoalkan sejauh manakah pendedahan yang diberikan kepada pekerja swasta berkait dengan hak mereka berdasarkan undang-undang yang sedia ada supaya mereka tidak dieksploitasi oleh para majikan mereka.

Mahfuz berkata, apa yang penting ialah golongan pekerja harus mengambil berat tentang hak mereka dan jika ada berlaku pelanggaran ketidakpatuhan majikan ke atas hak pekerja, maka mereka boleh membuat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia khususnya kepada JTK. – HARAKAHDAILY 14/3/2019

- Advertisement -