Kerjasama PAS-Umno bersifat taawun

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hubungan antara PAS dan Umno sekarang hanya bersifat taawun dan bukannya tahaluf siyasi sebagaimana yang pernah berlaku dengan DAP dan PKR sebelum ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, untuk sampai ke peringkat tahaluf ia perlu dibincang dalam muktamar tahunan parti itu untuk mendapatkan persetujuan ahli.

“Sekarang hubungan lebih kepada kerjasama (taawun) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) semata-mata.

“Kerana itu baru-baru ini ditubuh jawatankuasa bersama bagi membincangkan halatuju, keperluan, kemungkinan sebelum kerjasama itu dibuat,” katanya

kepada media selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini pemimpin tertinggi PAS mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. – HARAKAHDAILY 13/3/2019

- Advertisement -