PAS tempelak MP Johor Bahru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menempelak sikap tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang sengaja menimbulkan persepsi jahat ke atas pimpinan PAS berhubung isu penyelewengan.

- Advertisement -

Kekecohan berlaku sebaik Akmal mengeluarkan kenyataan mencabar semua ahli parlimen PAS dan Umno mengisytiharkan harta secara terbuka sebagai langkah menjamin integriti dan akauntabiliti antara pemimpin dan rakyat.

Akmal berkata demikian berdasarkan laporan yang telah terbaca oleh beliau yang melaporkan ada pembekuan akaun PAS, penyitaan beberapa kereta mewah iaitu Vellfire, Porsche, Range Rover yang dikatakan sejumlah RM2.3 juta.

Berang dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu, kesemua ahli parlimen PAS bangkit mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff supaya membuat ‘ruling’ mendesak Akmal menarik semula tuduhan terbabit.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli bangun meminta Akmal menyatakan sumber maklumat yang diambil manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendesak Akmal membuktikan kereta siapa yang dimaksudkan itu.

Walau bagaimanapun, kekecohan terbabit akhirnya dileraikan apabila speaker dewan mengeluarkan arahan supaya Akmal menarik semula kenyataan beliau yang menimbulkan isu mengaitkan pimpinan PAS terlibat dalam penyelewengan.

Kekecohan mengambil masa selama hampir 20 minit. – HARAKAHDAILY 12/3/2019

- Advertisement -