Apa tindakan isu air dengan Singapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan apakah tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu bekalan air di antara Malaysia dan Singapura.

- Advertisement -

Beliau membangkitkan soalan tersebut ketika mencelah waktu pertanyaan menteri.

“Sekiranya Singapura terus berkeras untuk tidak berunding semula dalam isu bekalan air, apakah tindakan tegas kita sebagai negara sumber yang memberikan air kepada mereka?

“Apakah tindakan yang seharusnya diambil oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut?” soal beliau di Dewan Rakyat, hari ini..

Beliau turut mempersoalkan apakah tindakan tegas yang boleh diambil dalam keadaan kerajaan memberikan wang subsidi berjuta ringgit kepada Singapura dimana dalam keadaan rakyat sangat memerlukan wang.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pihak kerajaan berusaha dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kerajaan Johor untuk memastikan terutamanya rakyat Johor mempunyai bekalan air yang sendiri.

“Jadi kita mengusahakan ‘zero dependency water‘ daripada Singapura.

“Jika tidak mahu berunding maka kita harus bawa ke muka pengadilan dan sekiranya kita sampai ke tahap itu saya harap agar semua dapat memberikan sokongan yang penuh,” tambah beliau.

Sebelum itu Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah terma rujukan untuk perbincangan perjanjian bekalan air di antara Malaysia dan Singapura sebagai garis panduan perbincangan nanti. – HARAKAHDAILY 12/3/2019

- Advertisement -