LGBT semakin galak, sekat gerakan agresif

- Advertisement -

KERAJAAN tidak boleh memberi peluang sebaliknya mesti menyekat gerakan agresif LGBT di negara ini.

- Advertisement -

Sebelum ini, mereka banyak berinteraksi dalam ruang sendiri termasuk di media sosial, tetapi sekarang mereka sudah berani berarak dan melaungkan ‘Hidup LGBT’ secara terang-terangan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

nasrudintaSaya tidak menolak kemungkinan ini merupakan strategi mereka untuk menuntut hak legitimasi sempena 50 tahun perjuangan LGBT (Stonewall) di New York.

Pada tahun 1970, golongan LGBT (Stonewall) telah berarak secara besar-besaran untuk menuntut hak songsang sehingga pihak kerajaan Amerika Syarikat terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

Sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil tindakan drastik, tidak mustahil tuntutan mereka juga akan dituruti oleh pihak kerajaan tidak lama lagi.

Rakyat boleh melihat tuntutan-tuntutan mereka sangat jauh daripada ajaran Islam dan adat masyarakat di Malaysia.

Malah, YAB Perdana Menteri juga telah menyatakan secara jelas bahawa LGBT tidak boleh diterima di negara ini.

Kumpulan yang telah difatwakan haram, Sisters in Islam adalah peserta yang hadir dalam perarakan tersebut.

Malangnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memberikan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada kumpulan ini.

Walhal, banyak lagi pertubuhan Muslim yang membela kepentingan wanita Islam, tidak kontroversi dan mematuhi Syariah sepatutnya disalurkan peruntukan.

Saya menggesa pihak polis menyiasat dan menyekat gerakan agresif LGBT. Tuntutan yang dilaungkan oleh mereka jelas bercanggah dengan nilai Islam serta adat masyarakat di Malaysia.

Jangan beri ruang untuk mereka terus bergerak dan melegitimasikan hak LGBT.

Tolak Penyimpangan Fitrah. – HARAKAHDAILY 11/3/2019

- Advertisement -