Kesatuan ummah PAS – Umno digeruni PH

- Advertisement -

TAMBUN: Kerjasama PAS dan Umno yang semakin meluas dijalin kini telah membangkitkan kekuatan baharu ummah hingga digeruni parti politik lawan kerana tidak senang melihatnya.

- Advertisement -

Ketua PAS Cawangan Sungai Tapah, Yeop Mat Idin berkata, lantaran itu sehingga mereka tidak henti menabur fitnah dan pelbagai persepsi yang bertujuan menggagalkan kesatuan tersebut.

“Kesatuan PAS dan Umno ini mesti dijaga. Ia kesatuan demi Islam dan masa depan agama serta bangsa, tanpa meminggirkan agama dan bangsa lain,” jelasnya.

Beliau mengulas demikian mewakili ahli-ahli PAS Cawangan itu yang hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Umno Cawangan Seberang Sungai Tapah oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Tambun, Dato’ Azizul Kama Abd Aziz, di sini hari ini.

Kehadiran tersebut menurutnya, bukan sahaja sebagai merai dan memeriahkan majlis ukhuwah itu, tetapi juga bukti sikap lapang dada akar umbi PAS untuk menyahut seruan menjalin kerjasama itu.

Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Tapah, Safwan Jaafar pula menyifatkan kehadirannya bersama kepimpinan Pemuda PAS Cawangan itu memberi peluang beramah mesra bersama Pemuda Umno.

Katanya, selain telah mengenali satu sama lain sebagai rakan sekampung, sudah tiba masanya dua entiti itu bersama menyedarkan penduduk terutama anak muda terhadap kewajipan mengundi.

“Mutakhir ini kita lihat terlalu banyak kepincangan dalam Kerajaan PH yang menjurus kepada ketidakstabilan ekonomi, selain ancaman keruntuhan akhlak dari pengaruh songsang seperti LGBTQ, pemikiran Liberal dan sebagainya,” ulas beliau.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Seberang Sungai Tapah, Ariza Fatah berbesar hati dengan kehadiran ahli-ahli PAS ke majlis itu dan berhasrat untuk segera mengatur program bersama.

Dato’ Azizul pula dalam ucapannya menyifatkan perkembangan tersebut sebagai sejarah dan menjadi bukti antara anggota akar umbi tidak punya sebarang masalah untuk PAS dan Umno bekerjasama.

Hadir sama menyaksikan majlis penuh sejarah itu adalah Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Abdul Halim Abu Hassan. – HARAKAHDAILY 10/3/2019 

 

 

IMG 20190310 WA0081

IMG 20190310 WA0080  

IMG 20190310 WA0082  

IMG 20190310 WA0083

IMG 20190310 WA0084

IMG 20190310 WA0085

- Advertisement -