Ucapan Kor Ming sangat berniat jahat

takiri1
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ucapan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming melabelkan kerjasama PAS dan Umno sebagai Taliban sangat berniat jahat.

- Advertisement -

“Puluhan tahun Kelantan ditadbir oleh PAS adakah Kelantan seperti Taliban, Afghanistan?

“Rakyat Kelantan hidup aman dan damai,” ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebook.

Namun, katanya baru 10 bulan memerintah DAP tersangat ekstrem berpolitik, cuba merungkaikan banyak asas-asas perlembagaan melibatkan hak Islam dan Melayu yang boleh menimbulkan pertembungan kaum.

Apa yang pasti, ujar beliau DAP sangat takut terhadap penyatuan politik di atas nama Islam Melayu kerana bakal merobohkan tembok kuasa yang sedang mereka kecapi sejak 10 bulan lalu.

Justeru, katanya DAP sengaja mencipta persepsi jahat terhadap penyatuan kuasa politik Islam dengan label ‘Taliban’.

“Serangan sebegini bertujuan mencipta persepsi sudah menjadi darah daging DAP dalam politik Malaysia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/3/2019

- Advertisement -