LGE perlu disiasat di bawah Akta Hasutan

- Advertisement -

ARAU: Satu laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah dibuat oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) di IPD Arau, petang tadi.

- Advertisement -

Menurut Ketua DMPNPs, Ustazah Latifah Mat laporan berkenaan mendesak agar dijalankan siasatan terhadap menteri tersebut di atas kenyataan beliau yang bersifat menghasut dan memecah-belah perpaduan.

“Kenyataan itu juga boleh menjurus kepada pertelingkahan antara kaum di Malaysia yang selama ini hidup aman damai.

“Beliau pada 6 Mac lalu telah menyebut kerjasama Umno dan PAS adalah pengisytiharan perang kepada kaum bukan Melayu.

“Kenyataan demikian bukan sahaja boleh menimbulkan ketegangan kaum malah boleh mengundang kebangkitan rakyat,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kasim, Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim bersama ahli jawatankuasa DMPNPs dan Wanita Umno Perlis. – HARAKAHDAILY 8/3/2019

- Advertisement -