Kelantan anjur praSukma Julai ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan akan menganjurkan kejohanan praSukan Malaysia (Sukma) Julai hadapan sebagai persiapan menghadapi Sukma tahun 2020.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia bertujuan mencari atlet baharu dalam pelbagai bidang sukan.

“Semoga dengan cara itu Kelantan dapat menempa nama di peringkat kebangsaan menerusi acara sukan tertentu pada masa akan datang,” katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil persatuan sukan di Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini semalam.

Hadir sama Pengarah MSN Mohamad Imran Mansor dan pegawai agensi terbabit.

Menurut Wan Roslan terdapat 19 jenis sukan dipertandingkan di Sukma yang disenaraikan Majlis Sukan Negara.

Katanya juga, MSN akan merujuk kepada persatuan sukan yang terdapat di Kelantan untuk membolehkan mereka mengetengahkan atlet dalam bidang tertentu.

“Walau apapun setiap acara sukan perlu mematuhi dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam. Semua atlet Muslim wajib mematuhi syariat sebagaimana yang ditetapkan Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/3/2019

- Advertisement -