Projek tebatan banjir Kampung Laut

- Advertisement -

KOTA BHARU: Projek tebatan banjir di Kampung Laut, Tumpat bermula beberapa bulan lalu. Ia merupakan sebahagian kompenan projek pelancongan Kampung Warisan Kampung Laut.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kamal Mustapha berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM130 juta bagi pembinaan benteng berkenaan yang dijangka siap pada 2022.

Katanya, keseluruhan projek benteng tebatan banjir dan hakisan pantai di Kelantan di bawah kementerian berkenaan bernilai RM560 juta.

“Kita sudah mulakan projek tebatan banjir di Kampung Laut. Projek tersebut dijangka siap pada 2022 di mana pembinaanya melibatkan beberapa fasa,” katanya di sini.

Projek sepanjang tujuh kilometer itu bermula di Balai Polis Palekbang sehingga Kampung Kok Majid.

Benteng setinggi tiga meter dibina bagi mengelakkan banjir besar seperti 2014 lalu yang menyebabkan banyak harta benda penduduk musnah.

Kamal juga berkata, projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Laut, seiring pembangunan Kampung Warisan Kampung Laut.

Projek Kampung Warisan sebelum ini ditentang segelintir penduduk yang didalangi sebuah parti politik. Bagaimanapun penduduk terbabit sekarang mendiami penempatan lebih selesa bersebelahan jalan utama. – HARAKAHDAILY 7/3/2019

- Advertisement -