Kenyataan LGE gugat keamanan negara

norazli
- Advertisement -

PERTUBUHAN Pendukung & Pencinta Ulamak (GU) mengambil serius terhadap kenyataan Lim Guan Eng (LGE) sebagaimana dilaporkan oleh MalaysiaKini bertarikh 6 Mac 2019 mengatakan: “Lim calls Umno-PAS union a declaration of ‘war’ on non-Malays“.

- Advertisement -

Kenyataan LGE yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS sebagai pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu/bukan Islam adalah merupakan kenyataan yang benar-benar tidak bertanggungjawab,biadab, rasis, berunsur fitnah dan tersirat niat yang tidak baik untuk mengapi-apikan perkauman. Kenyataan ini amat-amat tidak boleh diterima kerana dilakukan oleh Menteri Kanan Kerajaan dan ianya terlalu menyingung perasaan antara kaum.

Geng Ustaz meyakini bahawa kenyataan seumpama ini terlalu amat bahaya kepada kestabilan sebuah negara dan keharmonian sebuah masyarakat majmuk. Rakyat Malaysia wajib menolak ahli politik seumpama LGE ini kerana manusia seperti ini akan memporak peranda keamanan negara Malaysia.

Dengan ini Geng Ustaz mendesak pihak berkuasa menyiasat LGE disebabkan kenyataan berunsur hasutan yang menggugat keselamatan negara. Kami juga mendesak LGE berundur daripada politik negara kerana keberadaan kamu membahayakan rakyat negara Malaysia.

USTAZ NORAZLI MUSA
Presiden Geng Ustaz
7 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 7/3/2019

- Advertisement -