Jelmaan P Ramlee di Kota Bharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sekali dengar suaranya tidak ubah seperti seniman agung Tan Sri P Ramlee. Malah kadang-kadang boleh bertukar lagu-lagu yang didendangnya atau P Ramlee.

- Advertisement -

Ramai terkedu seketika apabila melihat video seorang lelaki mirip seniman agung agung tersebut yang semakin popular, setelah tular di media sosial baru-baru ini.

Daripada nada percakapan, gaya nyanyian dan wajah memang saling tak tumpah seperti P Ramlee. Suara dan wajah terutama gaya jambul rambut dan potongan kumis, umpama seniman agung terbabit.

Siapa sangka beliau sebenarnya juara pertandingan nyanyian Bintang P Ramlee peringkat kebangsaan anjuran RTM pada 2012. Fairus Misran 34, anak kelahiran Kimanis Sabah.

Memilih lagu-lagu P Ramlee untuk dinyanyikan semula, bukan untuk mencari kesempatan, apa lagi menggunakan nama seniman agung itu untuk kepentingan diri.

Apa yang dilakukannya adalah kerana minat, menghargai seni seniman berkenaan yang dianggapnya begitu unik dan tersendiri.

“Bukan bermaksud lagu-lagu sekarang tidak bagus, tetapi lagu-lagu allahyarham begitu unik, tersendiri, menyentuh perasaan, mendidik dan sebagainya.

“Ada seni dalam lagunya, ada mesej dalam lagunya, dalam merdunya ada sesuatu yang ingin disampaikan,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Fairus diundang ke Kota Bharu menghadiri perasmian Kafe Al Khatiri Kofee, di Kubang Kerian. Beliau sempat mendendang sebuah lagu P Ramlee.

Perasmian kafe itu disempurnakan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah. – HARAKAHDAILY 7/3/2019

Ikuti kisah jelmaan P Ramlee terbabit dalam Harakah cetak edisi akan datang.

- Advertisement -