PASRelief serah 40.5 tan makanan di Yaman

- Advertisement -

MA’ARIB, Yaman: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) melengkapkan serahan keseluruhan sumbangan Misi Kemanusiaan Yaman kali ini di dua lagi lokasi dalam wilayah di sini semalam.

- Advertisement -

Ia mewakili dana sebanyak RM110,000 sumbangan orang ramai dan RM12,000 daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia yang menghasilkan pek makanan untuk diagihkan kepada 675 keluarga migran perang.

Turut disampaikan adalah sumbangan daripada Yayasan Isra’ Malaysia, Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Cawangan Utara dan China Muslim Volunteers Group bernilai RM6,550 yang menyediakan 40 pek makanan sama.

Semua sumbangan tersebut telah diserahkan kepada keluarga miskin, balu dan anak yatim para migran perang yang kebanyakannya tinggal bersama sanak saudara mereka di wilayah ini, pada satu majlis di pinggir bandar, di sini.

PASRelief kemudian dibawa oleh Jamiyat Al-Islah Al-Ijtimaie Al-Khairiah (CSSW) menyerahkan sumbangan ke kem yang menempatkan 120 keluarga migrasi perang dari Sana’a terletak di luar bandar ini di tepi jalan utama menuju ke Sana’a.

Delegasi turut melawat ke bangunan asrama 4 tingkat dalam pembinaan untuk pelajar universiti yang kini telah diduduki oleh para migran perang secara ‘ceroboh’ melibatkan 65 keluarga di 6 aras premis itu termasuk bumbung.

Bagaimanapun difahamkan, pihak kerajaan terpaksa mengizinkan para migran terbabit untuk menghuni di kediaman bersaiz seluas 20 X 10 kaki untuk setiap keluarga terbabit memandangkan mereka sama sekali tiada pilihan lain.

Keadaan hidup para migran di situ bukan sahaja serba kekurangan, bahkan difahamkan turut berhadapan risiko keselamatan dan kesihatan di mana tiga kanak-kanak telah maut akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

PASRelief juga telah diiringi Pengarah Unit Bantuan CSSW, Mohammed Ahmed Al-Mazab dan Pengarah Eksekutif CSSW Cawangan Ma’arib, Salleh Qassem Said Mohammed ke klinik milik NGO tersebut tidak jauh dari situ.

Klinik sebesar kontena itu hanya mempunyai dua katil, tetapi memberi perkhidmatan selama 24 jam dengan menerima tidak kurang 60 pesakit sehari, menangani pelbagai kes kesihatan, masalah kekurangan nutrisi kanak-kanak dan kecemasan.

Pihak CSSW menyatakan harapan mereka agar PASRelief dapat sama membantu bagi pengurusan klinik berkenaan terutama melibatkan dana bagi ubat-ubatan dan peralatan, selain saguhati kepada doktor dan jururawat.

Orang ramai boleh terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 7061 2333 PASRelief atau 5640 7061 1352 Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 (Sanusi) atau 013-384 5555 (Mohd Adram Musa).HARAKAHDAILY 6/3/2019  

IMG 20190306 WA0014 

IMG 20190306 WA0015

IMG 20190306 WA0016

IMG 20190306 WA0017   

IMG 20190306 WA0018

IMG 20190306 WA0019

IMG 20190306 WA0020

IMG 20190306 WA0021  

IMG 20190306 WA0023

IMG 20190306 WA0024

IMG 20190306 WA0025 

IMG 20190306 WA0026  

IMG 20190306 WA0027  

IMG 20190306 WA0028

IMG 20190306 WA0029

IMG 20190306 WA0030

- Advertisement -