PAS Kedah anjur Munajat Ummah 8 Mac

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah akan mengadakan Munajat Ummah, Menangkis Fitnah pada jam 4.00 pagi 8 Mac (Jumaat) di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.

- Advertisement -

Ketika dihubungi, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi memaklumkan, program berkenaan diadakan selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

“Gelombang fitnah terhadap PAS semakin kuat mutakhir ini dan serangan tersebut bertujuan untuk melemahkan PAS yang semakin mendapat sokong dari umat Islam di negara ini,” jelas beliau.

Justeru itu, ahli-ahli dan penyokong parti berkenaan dijemput hadir untuk bersama-sama bermunajat memohon pertolongan Allah SWT agar gelombang fitnah yang dahsyat ini dapat ditangkis. – HARAKAHDAILY 6/3/2019

- Advertisement -