‘Kita akan jawab cara politik’

Takiyuddin
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyerang parti itu dengan fitnah.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, fitnah dalam politik merupakan perkara biasa.

“Sekiranya kita masih boleh pertimbangkan, kita akan jawab cara politik, tidak semestinya mengambil tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun jika fitnah yang teruk, kita mungkin akan pertimbangkan tindakan berkenaan namun setakat ini belum ada lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian di Balai Besar semalam.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau yakin mampu memperolehi banyak kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sekiranya parti itu terus bekerjasama dengan Umno. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

- Advertisement -