Fitnah politik tidak lagi bermusim

- Advertisement -

KANGAR: Politik persepsi yang diamalkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini dianggap tidak mampu memperbodohkan rakyat.

- Advertisement -

Adun Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, sebelum ini fitnah politik hanya berlaku ketika musim kempen Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja.

“Namun sekarang fitnah berlaku sepanjang masa. Sedangkan fitnah ada tempohnya dan akhirnya akan kembali kepada pelakunya sendiri,” katanya ketika merasmikan kursus kemahiran percuma di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Guar Sanji hari ini.

Kursus itu diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Arau. Kursus siri pertama mendedahkan pembuatan puff pastry dan jahitan baju kurung tradisional.

Ia diadakan secara percuma kepada penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

- Advertisement -