Seminar Isu-Isu Semasa PAS Pusat 2019

- Advertisement -

PERKEMBANGAN sosiopolitik negara memerlukan ahli-ahli PAS menguasai dan mendepani isu-isu semasa untuk menjelaskan pandangan dan pendirian parti kepada masyarakat.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat akan menganjurkan Seminar Isu-Isu Semasa yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 9 Mac 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: KUIZM Taman Melewar KL.

Penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli PAS sahaja sementara yuran penyertaan adalah sebanyak RM20.00 (untuk sebuah buku isu-isu semasa dan makan).

Antara isu-isu yang bakal dikupas termasuklah analisa prestasi Kerajaan PH, isu hina agama, isu Tabung Haji, pilihan raya PBT dan fitnah RM90 juta.

Para pembentang:

a) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah PPP
b) Wan Rohimi Wan Daud, Pengarah JUHAM dan
c) Dr Kamarul Zaman Yusoff, penganalisis politik terkemuka.

Turut dikupas adalah perkembangan terkini Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu yang akan dibentangkan oleh:

Dr. Wan Nik Wan Yusoff, CEO Pusat Kajian Strategik Kelantan dan
YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis penutup akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

Jentera parti di setiap peringkat bukan sekadar perlu melengkapkan diri dengan fakta yang sahih malah perlu mengasah kebijakan untuk mengolah naratif sesuai dengan prinsip Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) agar rakyat mendapat perspektif yang betul dari isu-isu yang timbul.

Sebarang pertanyaan berkaitan maklumat program boleh dirujuk kepada Sdr. Shahir di talian 019-2153225 atau emel ke [email protected]

Ayuh kita mantapkan kefahaman agar kita dapat menyantuni rakyat yang sentiasa dahagakan perkembangan terkini PAS dengan yakin dan berkesan.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/3/2019

- Advertisement -