Semenyih: Referendum rakyat terhadap PH

- Advertisement -

SEKALI lagi para pengundi bersuara tidak mahukan PH. Selepas di Cameron Highlands, semalam di Semenyih pula.

- Advertisement -

Di padang PH sendiri pun PH dikalahkan juga. Sedangkan Selangor dianggap sebagai kerajaan model bagi PH.

khairuddinattakiriApabila pembangkang menyuarakan hak dan kepentingan Islam dan orang-orang Melayu, PH beranggapan dan menuduh ia berbaur perkauman dan seperti menyalahkan pengundi kerana mahukan politik sebegitu.

Sedangkan, realiti bahawa teras utama perlembagaan dan kontrak sosial yang melibatkan Islam dan orang-orang Melayu sedang diancam dilihat dan dirasai sendiri oleh pengundi.

Justeru, sekali lagi kerjasama antara parti-parti pembangkang atas agenda kesatuan Melayu dan Islam berjaya mengalahkan PH yang masih tidak mahu melakukan perubahan sekalipun sudah mendapat signal amaran dalam siri-siri PRK sebelum ini.

Satu, kerana masih ralit dibuat mimpi kemenangan pada PRU14 dan masing-masing pula sudah mendapat kerusi masing-masing dalam kerajaan; dua, berterusan dibelenggu tipu daya golongan berfahaman liberalisme dan pluralisme yang sentiasa menolak ke tepi kedudukan dan pengaruh Islam dan orang-orang Melayu.

Lihat sahaja dalam isu subsidi haji dan penghinaan ke atas Nabi s.a.w., selepas ditekan pembangkang barulah PH cuba membetulkan keadaan.

Itu nasib baik berlaku pada musim PRK; platform untuk menekan PH lebih kukuh. Jika tidak musim PRK, PH pasti lebih berwenang-wenang mengenai perkara seperti ini. Sebab itu pengundi tolak PH.

Tambah, selepas mungkir banyak janji, kredibiliti PH diburukkan lagi dengan bukan seorang dua sahaja pemimpinnya yang terpalit dengan isu tipu kelayakan akademik, tetapi ramai, termasuk pemimpin-pemimpin di peringkat tinggi.

Terakhir, menjadikan PAS sebagai ‘punching bag’ dengan isu terima wang RM90 juta adalah bahan kempen paling tidak bermoral sementelah SPRM sendiri telah membersihkan nama PAS. Tambah pula, bukannya PAS yang bertanding di Semenyih. Isu ini sudah tidak relevan lagi buat selama-lamanya.

Jumpa lagi di PRK N.27 Rantau!

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
3 Mac 2019 | 26 Jamadilakhir 1440 – HARAKAHDAILY 3/3/2019

- Advertisement -