Solidariti umat Islam Beruas bantah hina Nabi

- Advertisement -

BERUAS: Himpunan bantahan penghinaan atas Rasulullah S.A.W menyaksikan solidariti umat Islam dalam Parlimen Beruas apabila telah mengadakannya di dua masjid selepas solat Jumaat semalam.

- Advertisement -

Dua himpunan disertai ramai umat Islam tersebut telah bergema suara bantahan mereka terhadap keceluparan dan kebiadaban menghina Rasulullah yang diadakan di Masjid Jamik Al-Aliah, Pantai Remis dan Masjid Jamik, Sungai Batu, di sini.

Himpunan dipimpin Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Beruas itu mengajak masyarakat supaya peka terhadap sensitiviti penghinaan ke atas Baginda yang sama sekali tidak wajar dilakukan sesiapa pun.

Pengerusi UMMAH Beruas, Zakaria Hashim berkata, penghinaan ke atas Islam dan junjungan Rasulullah S.A.W adalah kesalahan berat di mana Islam menetapkan hukuman bunuh ke atas pelakunya.

Zakaria menegaskan bahawa UMMAH akan menganjurkan himpunan lebih besar peringkat negara sekiranya suara sumbang menghina sedemikian masih lagi wujud.

Manakala Timbalan Pengerusi UMMAH Beruas, Mohd Nazeer Hameed pula mengajak umat Islam tidak berdiam diri menghadapi penghinaan tersebut dan wajib bangkit menyatakan bantahan supaya tidak berulang. – HARAKAHDAILY 2/3/2019

IMG 20190302 WA0005 

IMG 20190302 WA0006

- Advertisement -