Petugas tetap bersemangat walau cuaca panas

panas
- Advertisement -

HULU LANGAT: Suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih marak dengan suhu 34° celcius di waktu tengah hari, namun semangat untuk memenangkan Islam tidak luntur.

- Advertisement -

Setakat jam 2 petang, penyokong calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Serbaguna Orang Ramai Semenyih masih bersemangat memeriahkan hari pengundian sekitar tempat mengundi.

Penyokong PAS dan juga pengundi tempatan, Siti Aishah Haji Roslan, 34 dilihat bersemangat bersama penyokong-penyokong lain walaupun di bawah terik mentari.

Katanya, beliau hadir menyatakan sokongan selepas selesai membuat pengundian di pusat pengundian tersebut.

Ditanya mengenai apa yang menjadikan beliau seorang yang tekun memberi sokongan, beliau patuh kepada arahan pimpinan untuk turun bersama-sama BN memberi sokongan.

“Saya turun menyokong harini adalah atas satu faktor arahan pimpinan PAS, iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Jadi apa yang kita lakukan hari ini, kita ikut arahan daripada pimpinan PAS Pusat,” ujarnya.

Tambahnya, tujuan beliau tekad memberi sokongan adalah melihat fitnah yang berleluasa terhadap agama Islam dan utusan Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

“Banyak sangat tohmahan yang mereka lakukan keatas Nabi kita. Melihat keadaan hari ini, saya sangat sedih dan tidak tahu bagaimana nak gambarkan kesedihan tersebut,” jelasnya ketika ditemui bersemangat memberi sokongan kepada pengundi Semenyih.

PRK Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman Zainali daripada PH, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

PRK Semenyih merupakan PRK keempat bagi Selangor sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu. – HARAKAHDAILY 2/3/2019

aan

aaan

aann1

- Advertisement -