Kemenangan PAS di Terengganu jadi ubat kepada kami

- Advertisement -

YB Senator Nuridah Mohd Salleh hari ini menyingkap balik malam pengisytiharan keputusan Pilihan raya Umum ke 14. Apabila mendengar satu persatu keputusan pilihan raya yang menunjukkan PAS kalah di Selangor, masing-masing berdoa supaya Allah kekalkan kemenangan di Kelantan, dan diberi kemenangan juga di Terengganu.

- Advertisement -

“Apabila mendengar kedua-dua kemenangan itu, terubat hati kami,” ujarnya.

Beliau nasihatkan supaya pendukung jemaah betulkan niat berjuang kerana Allah, disebabkan dalam keadaan menang di Terengganu ini, tentu banyak cabaran dan ujian yang datang silih berganti.

Beliau juga mengingatkan supaya dimantapkan program tarbiah di kalangan muslimat demi mencapai matlamat 12,000 tenaga teras jemaah. Ia penting disebabkan sangat banyak fitnah dituju kepada jemaah, termasuk kepada batang tubuh Tuan Guru Presiden sendiri.

Keharmonian rumahtangga mesti dijaga, agar kesibukan tugasan jemaah tidak mengganggu. Isteri wajib taatkan suami, namun dalam masa yang sama suami perlu faham tentang peranan isteri dalam membangunkan umat dan jemaah.

Kekuatan organisasi juga mesti dibina dengan memahami perlembagaan parti, apatah lagi ketika musim pemilihan dalam parti. Kita semua mesti menjadi penolong agama Allah.

Rapatkan saf di antara ahli dengan tali Allah, jaga ukhuwwah, juga dekati kelompok orang Islam lain.

Sentiasa tabayyun (menilai) dalam pelbagai kes, isu. Parti sekarang banyak diserang. Justeru, maklumat mesti difahami dengan betul. Zaman ini fitnah sangat banyak. Jaga dari kemunculan dajjal dengan banyakkan membaca surah al-Kahfi.

Amar makruf nahi mungkar juga tidak boleh diabaikan. Ia sangat penting dalam kehidupan, juga untuk survival generasi akan datang.

Pilih kepimpinan parti yang terbaik, jaga akhlak dan tambahkan ahli PAS. Ambil juga contoh perjuangan dari Khadijah rha yang menginfakkan harta, diri untuk Islam. – HARAKAHDAILY 2/3/2019

(Catatan sebagai tetamu dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kemaman ke-35 di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.)

- Advertisement -