Hina Nabi: Bantahan ummah seluruh Perak

- Advertisement -

IPOH: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Perak bersama jaringan NGO umat Islam di negeri itu telah menggerakkan lebih 3,000 umat Islam berhimpun membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W di pekarangan Masjid Negeri di sini semalam.

- Advertisement -

Pengerusi UMMAH Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, selain di Masjid Negeri, himpunan aman seumpama juga berjaya diadakan di pekarangan 14 masjid jamek di seluruh negeri, termasuk di Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Gerik dan Bagan Serai.

Menurutnya, di daerah-daerah lain dianggarkan seramai 500 hadirin setiap masjid jamek berjaya dihimpunkan bagi membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

“Orang ramai yang merasa terpanggil kerana membantah penghinaan terhadap Nabi mereka mula berkumpul di pekarangan masjid seusai solat Jumaat untuk mendengar ucapan-ucapan pimpinan.

“Himpunan yang dikawal pihak polis dan Jabatan Amal Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan saya dimaklumkan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku di semua lokasi himpunan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Khalil Idham juga memaklumkan, semua himpunan berjaya diadakan di pekarangan 15 buah masjid yang menjadi lokasi ditetapkan tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak.

Sehubungan itu beliau berharap mesej himpunan tersebut menjadi peringatan terhadap sikap tidak bertanggungjawab, celupar, jahat dan biadab terhadap Islam dan umatnya, lebih-lebih lagi kepada Rasulullah S.A.W. – HARAKAHDAILY 2/3/2019  

 

 IMG 20190302 WA0008

 

IMG 20190302 WA0009IMG 20190302 WA0010 

IMG 20190302 WA0012

IMG 20190302 WA0013

IMG 20190302 WA0014

IMG 20190302 WA0015  

IMG 20190302 WA0016

IMG 20190302 WA0017

- Advertisement -