Jangan buat main bab agama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan orang yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai tidak tahu erti sejarah tanah Melayu dan tidak tahu tentang sensitifnya orang Melayu terhadap agama Islam.

- Advertisement -

Beliau memberi peringatan kepada kaum bukan Islam jangan sesekali menyentuh atau menghina agama Islam kerana orang Melayu sangat sensitif apabila agama mereka di hina.

“Bab agama jangan buat main. Sebab itu kalau ada orang nak hina agama (Islam), nak khianat masjid, dia akan tunggu dekat masjid sampai subuh.

“Perlu ingat, orang Melayu boleh hilang tanah, tapi tidak boleh hilang agama. Boleh hina benda lain tapi tidak boleh hina Rasulullah SAW,” katanya ketika berucap di perhimpunan aman ancaman kepada kedaulatan Islam di pekarangan Masjid Negara, di sini hari ini.

Menurutnya, agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan tidak menghina agama lain kerana bimbang mereka akan menghina agama Islam.

Katanya, perhimpunan yang di adakan di seluruh negara secara serentak hari ini sebagai tanda untuk memberitahu bahawasanya orang Melayu masih mempunyai perasaan dan jiwa sayangkan agama.

“Ramai orang-orang bukan Islam boleh hidup harmoni di kampung melayu. Mereka boleh berniaga dengan baik di kampung melayu. Pasal apa? Mak kita ajar, kalau kamu pergi kedai Cina jangan kamu curi barang kedai Cina, pergi kedai India jangan curi barang kedai India, kerana kita diajar dengan agama.

“Sekiranya kami boleh hormati kamu, kamu juga perlu hormat agama kami,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/3/2019

- Advertisement -