Pemimpin PH tidak tegas isu hina agama

- Advertisement -

TUMPAT: Sehingga sekarang belum kedengaran ketegasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap keberanian pihak tertentu mempersendakan Islam.

- Advertisement -

Lebih-lebih lagi Parti Amanah Negara (PAN) yang pernah mengimpikan mahu menggantikan PAS sebagai parti Islam di negara ini.

Anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamad berkata, tiadanya sikap tegas kerajaan persekutuan menyebabkan ada pihak berani menghina agama Islam.

“Umat Islam di negara ini begitu kecewa dengan sikap pimpinan kerajaan khususnya menteri agama yang membisu di saat Nabi Muhammad saw dihina,” katanya ketika merasmikan fasiliti tambahan Pondok Meheliah Geting dekat sini hari ini.

Hadir sama Adun Wakaf Bharu Mohd Rosli Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman.

Baru-baru ini tular di media sosial tiga individu mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad saw termasuk yang menggunakan nama Henry Hiung, Sally Yen dan Sarkar Tanesen. – HARAKAHDAILY 28/2/2019

- Advertisement -