Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Husam

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, Mahkamah Persekutuan hari ini MENOLAK permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu (leave to appeal) terhadap penolakan permohonan Injuksi Husam Musa ke atas Mohd Yasin (setiausaha kerja PAS Kelantan).

- Advertisement -

Rayuan Husam terhadap keputusan Mahkamah Tingi Kota Bharu pada 16.11.2017 yang menolak permohonan Injuksi tersebut dengan kos sebanyak RM7,000, telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6.7.2018 dengan kos sebanyak RM10,000.

Permohonan Injuksi ini dipohon Husam untuk menghalang Defendan/PAS Kelantan dari memasuki/menggunakan Wisma Tok Guru (Wisma Oren) selepas hartanah tersebut dibeli dan berpindah milik kepada Defendan.

Permohonan Husam pada hari ini ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan dengan kos sebanyak RM20,000.

YA Hakim Dato Ramly Ali yang mengetuai Panel 3 Hakim memutuskan, antara lainnya, bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan membuat dapatan yang betul bahawa tuntutan Perayu/Plaintif tidak mempunyai isu untuk dibicarakan (no issues to be tried). Panel juga memutuskan bahawa sandaran tuntutan atas doktrin equiti ke atas fizikal bangunan tersebut adalah tidak terpakai dalam kes ini. Dalam apa keadaan sekali pun, doktrin equity hanya terpakai terhadap pemilik dahulu dan tidak boleh dipanjangkan kepada Pemilik baru (Mohd Yassin). Oleh itu, tiada persoalan undang-undang yang mewajarkan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Husam diwakili sekumpulan 7 Peguam yang diketuai oleh Tan Sri Gopal Sri Ram (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan), manakala Mohd Yasin diwakili 11 Peguam yang diketuai oleh Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

Bagi pihak LUHAM Pusat, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Luham Kelantan yang diketuai Nik Bahrum dan Aznam Mohamed dan keseluruhan pasukan Peguam Luham Kelantan atas keringat dan kerja keras pasukan.

Sekadar mencatat nota,
WAN ROHIMI WAN DAUD
Palace Of Justice, Putrajaya
28.2.2019 – HARAKAHDAILY 28/2/2019

- Advertisement -