Team Kentang beri rawatan kecemasan

- Advertisement -

HULU LANGAT: Pasukan ambulans seorang calon dalam PRK Semenyih dengan serta merta telah bergegas ke sebuah lokasi berdekatan Semenyih Sentral malam ini, setelah mendapat panggilan kecemasan melibatkan satu kemalangan.

- Advertisement -

Kemalangan menurut saksi-saksi yang ditemui, melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Pemandu motosikal tidak mengalami kecederaan namun pemboncengnya dilihat mengalami kecederaan di kaki.

Kemalangan berlaku sejurus selepas azan Isyak berkumandang.

Pasukan ambulans yang diasaskan calon Bebas, Kuan Chee Heng, secara kebetulan berada di Restoran Razak Capati di seberang jalan untuk menjamu selera.

Situasi pada awalnya sedikit tegang kerana kawasan kemalangan berdekatan dengan lokasi ceramah politik seorang calon PRK Semenyih bakal berlangsung, namun tindakan profesional petugas terlibat berjaya menenangkan keadaan.

Pesakit telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut. – HARAKAHDAILY 27/2/2019

- Advertisement -