Media positifkan Kerajaan Terengganu

Dr Azman2
- Advertisement -

KUALA NERUS: Peranan media telah mewujudkan keadaan yang baik, sehinggakan Kerajaan PAS Negeri Terengganu dinilai positif.

- Advertisement -

Exco kerajaan negeri, Dr Azman Ibrahim berkata setelah berlaku perubahan politik dalam negara media arus perdana telah menjalinkan hubungan yang baik dengan PAS.

“Memang kita bersedia menghadapi apa yang paling buruk ‘the worst scenario’, dalam keadaan sebenarnya persepsi dan imej Kerajaan Negeri Terengganu terlalu positif.

“Apabila kita pergi ke luar sama ada dari pihak pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya, Kuala Lumpur, memang mereka menilai imej Kerajaan Terengganu sangat-sangat positif,” ujarnya ketika berucap pada pertemuan bersama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI), di NR Cafe, Tok Jembal kelmarin.

Menurutnya, paling utama adalah peranan media yang digerakkan oleh KAMI melalui Buletin Online (BO) dimiliki PAS dan Uruseria Penerangan Darul Iman (UPDI) yang memunculkan imej yang positif kepada kerajaan negeri telah diperakui oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga mantan Pengerusi KAMI berkata, lapan tahun telah dilalui oleh KAMI dalam memartabatkan media ke satu tahap persada terhormat dan menjadi benteng kepada PAS.

Katanya, KAMI mempunyai organisasi paling unik dan sempurna yang pernah dimiliki oleh PAS negeri berbanding negeri-negeri lain.

“Dan kitapun masih ingat, bila kita memulakan gerak kerja KAMI ini rata-rata pemimpin kita sebenarnya, mudah kita sebut sebagai buta media.

“Kita turun ke segenap pelosok Negeri Terengganu dari Kemaman sampai ke Besut dalam proses perkaderan.

“Ada 30 orang kadang-kadang ada seorang boleh muncul sebagai aktivitis media, kadang-kadang tiga puluh seorang pun tidak muncul,” ujarnya yang juga Adun Jabi.

Tambahnya, walaupun pada awalnya tiada sumbangan dan sokongan kewangan, KAMI yang telah menyumbang kepada PAS dan membawa kejayaan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. – HARAKAHDAILY 27/2/2019

- Advertisement -