PRK Rantau: SPR akan bermesyuarat khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima Perakuan Mahkamah daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 36A(3) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telah mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N.27 Rantau, Negeri Sembilan yang diadakan pada 9 Mei 2018 adalah tidak sah dan terbatal.

- Advertisement -

Sehubungan itu, selaras dengan Perkara LVI(5) UndangUndang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, SPR akan mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang telah dipastikan berlaku mulai 26 Februari 2019.

“Pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun tersebut akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada hari ini,” ujar Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini.

Katanya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut yang mana tarikhnya akan dimaklumkan nanti. – HARAKAHDAILY 26/2/2019

- Advertisement -