Insan inilah pertahan maruah saudaranya

qazaf
- Advertisement -

SAYA dikirim ucapan DSAI (Dato’ Seri Anwar Ibrahim), katanya ‘Hadi’ mahu berkawan dengan pencuri.

- Advertisement -

Seingat saya, Tuan Guru tidak pernah berkata mahu berkawan dengan pencuri. Apa yang Tuan Guru sebut, segerakan siasatan, kemudian dakwa dan sabitkan hukuman dengan cukup bukti.

syahir2Malah Tuan Guru sering menyebut pesanan Nabi, bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi.

Yang dizalimi, bantu agar tidak terus dizalimi. Yang zalim, bantu agar tidak terus menzalimi.

Teringat saya ketika DSAI dituduh sebagai perasuah dan pelaku amalan songsang, seluruh negara mula berasa sangsi.

Namun insan yang dipanggil ‘Hadi’ inilah yang bangun mempertahankan maruah saudaranya yang dizalimi, walaupun disabitkan hukuman dengan cukup bukti.

Bahkan Tuan Guru menulis buku khusus tentang qazaf (hukuman terhadap tuduhan zina atau liwat) bagi mempertahankan saudaranya dari tuduhan jahat itu.

Ahli PAS juga tidak percaya tuduhan DSAI terlibat amalan songsang. – HARAKAHDAILY 26/2/2019

- Advertisement -