Calon BN tinjau pengundian awal

- Advertisement -

HULU LANGAT: Calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih, Zakaria Hanafi turun menyaksikan proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih.

- Advertisement -

Beliau tiba di tempat pusat mengundi tepat jam 8.48 pagi.

Data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 951 orang pengundi awal dan pos berada di Dun Semenyih, majoritinya adalah anggota keselamatan.

Di samping itu, pemerhati pilihan raya daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR turut menyaksikan proses berkenaan.

Dua pusat pengundian awal dibuka sejak jam 8 pagi tadi bagi membolehkan seramai 858 anggota keselamatan di Semenyih membuang undi.

Dua pusat itu iaitu di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih, seramai 761, dan di Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, seramai 97 bersama pasangan mereka membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih.

Sebahagian lagi 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA sudah mengundi secara pos.

Keseluruhan 951 orang pengundi awal dan pos berada di Dun Semenyih, majoritinya adalah anggota keselamatan.

Pusat pengundian awal dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang, namun bagi pusat mengundi di Discress Room, IPD Kajang waktu pengundian ditutup jam 2 petang.

PRK Dun Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung. – HARAKAHDAILY 26/2/2019

cn2

cn3

- Advertisement -