Muslimat Lumut istiqamah pacu kemenangan

- Advertisement -

LUMUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-26 yang dilangsungkan di Dewan Arena Taman Samudera, Seri Manjung, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Mesyuarat Agung bertemakan “Istiqamah Memacu Kemenangan” itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dan pemerhati yang mewakili 17 Jawatankuasa Muslimat Cawangan.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Pengkaderan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Dr Nor Yazidah Yahya.

Dalam ucapannya, beliau mempertegaskan kepentingan wala’ terhadap pimpinan serta pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan parti.

Serunya, Muslimat perlu berilmu dan terus istiqamah dalam perjuangan sebagai jati diri utama yang dipetiknya dari ayat 14 surah as-Saff dengan turut dibaca beramai-ramai diakhir ucapan itu.

Pada Mesyuarat Agung tersebut menyaksikan perwakilan sebulat suara memilih Rohawati Abidin sebagai Ketua Muslimat PAS Lumut bagi menerajui penggal sekian kalinya.

Semangat para peserta turut disegarkan dengan doa Rabitah yang dipimpin Ketua Lajnah Tarbiah Muslimat PAS Lumut, Putiah Shahrani di akhir majlis.

Hadir sama selaku wakil PAS Kawasan dan menyampaikan ucapan adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Lumut, Osman Ahmad. – HARAKAHDAILY 25/2/2019   

IMG 20190225 WA0015

IMG 20190225 WA0016

IMG 20190225 WA0017

IMG 20190225 WA0018

- Advertisement -