Muslimat jangan takut dan manja ketika berjuang

- Advertisement -

PUTATAN: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah menobatkan Ustazah Normi Yusof selaku ketuanya yang baru pada majlis di Dewan Seri Kejora, di sini semalam.

- Advertisement -

Dalam ucapan penggulungan, beliau mengulas tema “Muslimat AKIFI: Bangkit dan Serulah!” dengan mengaitkannya kepada kegawatan yang sedang menimpa Islam serta umatnya pada ketika ini.

Tegasnya dengan menukilkan firman Allah dari ayat 32 surah al-Ahzab mengingatkan anggota Muslimat untuk mengenepikan rasa takut dan manja sewaktu menyahut seruan perjuangan.

Menurut beliau, isu seperti masalah gejala sosial, penghinaan terhadap Nabi dan Islam menuntut agar Muslimat menggerakkan peranan membawa masyarakat kembali kepada ajaran agama yang sebenar.

Mesyuarat disertai 70 perwakilan itu dirasmikan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustazah Dr Wahibah Tahir dan turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah Muslimat PAS Negeri Sabah, Ustazah Nusaibah Bukhari. – HARAKAHDAILY 25/2/2019 

IMG 20190225 WA0059

- Advertisement -