Kempen produk Muslim sempena MAT DMPK Tambun

- Advertisement -

IPOH: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-32 yang berlangsung di Pusat Tarbiyyah PAS Tambun, Taman Meru, di sini semalam.

- Advertisement -

Perasmian MAT tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Ana Mastura Ismail.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada ahli untuk merujuk kepada pimpinan terlebih dahulu dalam setiap langkah yang dilakukan bagi mendepani isu-isu politik negara masa kini.

Perkara tersebut jelas beliau, selain sebagai akhlak berjamaah dan walak kepada kepimpinan, juga penting bagi mengelakkan timbulnya salah faham di masa hadapan.

MAT kali ini turut diserikan dengan gimik pelancaran Kempen Pengguna Muslim oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Muslimat PAS Tambun.

Kempen tersebut dilancarkan sebagai meneruskan usaha sedia ada dan menggalakkan untuk ahli sendiri membeli barangan dari peniaga Muslim, seterusnya diperluaskam ke segenap lapisan masyarakat.

Turut melengkapkan pelancaran itu adalah tayangan montaj dan sudut pameran info produk serta kaunter yang bertindak mengumpulkan data bagi menyediakan direktori produk dan peniaga Muslim.

Sempena MAT tersebut juga disampaikan anugerah khas kepada para aktivis Muslimat yang bergerak aktif dalam parti serta anugerah untuk Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC).

Tiga kategori anugerah disediakan kali ini untuk JMC iaitu Kehadiran Himpunan Muslimat Terbaik, Guru PASTI Teramai dan Pakaian Seragam Terbaik.

Majlis dihadiri hampir 200 perwakilan dan pemerhati itu mengangkat tema “Islam Memimpin; Muslimat Pembangun Ummah” yang diolah dari tema Muktamar PAS Pusat Kali Ke-64 lalu.

Hadir sama sebagai tetamu undangan ialah Naib Yang DiPertua PAS Tambun, Mohd Aidil Abdul Aziz merangkap wakil pimpinan PAS Tambun. – HARAKAHDAILY 25/2/2019 

IMG 20190225 WA0024

IMG 20190225 WA0020

IMG 20190225 WA0021 

IMG 20190225 WA0022

IMG 20190225 WA0023

IMG 20190225 WA0009  

IMG 20190225 WA0010

IMG 20190225 WA0011

IMG 20190225 WA0013

- Advertisement -