Guna media sosial dengan akhlak dan moral

- Advertisement -

DEWAN Ulama’ PAS Negeri Sabah (DUPNS) menyarankan agar semua pengguna media sosial supaya menggunakan media sosial dengan berpandukan akhlak dan moral yang baik.

- Advertisement -

Walaupun semua masyarakat mempunyai kebebasan untuk menulis apa sahaja yang diingini, tetapi jangan lupa bahawa setiap penulisan akan mempunyai implikasi yang berbeza terhadap pembaca.

Terdapat penulisan yang mungkin tidak memberi sebarang kesan dan tidak akan ada implikasi negatif. Tetapi pengguna media sosial harus berhati-hati kerana sebahagian penulisan akan memberi kesan besar sekiranya berkaitan politik, agama dan kaum.

Sebagai contoh, beberapa orang pengguna media sosial yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Penulisan seumpama ini sememangnya amat tidak bertanggungjawab dan penghinaan yang amat besar terhadap umat Islam. Ini pasti memberi kesan terhadap keharmonian dan keamanan negara.

DUPNS juga mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulisan penghinaan seumpama ini. Jangan sesekali mengambil remeh perkara seumpama ini.

Sekiranya penulisan seumpama ini dibiarkan bebas, tidak mustahil keadaan huru-hara dan konflik antara agama dan kaum boleh berlaku.

USTAZ MUSTAQIM ALING
Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Sabah
25 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 25/2/2019

- Advertisement -